Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan Lawatan Kerja di Negeri Selangor pada 30 Julai 2024 (Selasa). Sesi lawatan ini dimulakan dengan perasmian Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor.
Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang bagi membangkitkan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan warga kerja JAN khususnya di Negeri Selangor menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 .
Turut hadir adalah YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Norliza Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV dan YBrs. Puan Zirawati Kadir, Pengarah JAN Negeri Selangor.