Kunjungan Hormat daripada Pengarah Bahagian Analisa Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Bahagian Analisa Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBrs. Tuan Mohd Azwan bin Ramli dan delegasi. Perbincangan berkisar kepada Program Memperkasa Inisiatif Pencegahan Rasuah dalam Amalan Perakaunan dan Pengauditan anjuran SPRM yang dijadualkan berlangsung pada 14 Ogos 2024.
Dikesempatan yang sama, JAN dan SPRM turut meneroka peluang kerjasama strategik baharu di bawah Memorandum Persefahaman sedia ada mengambil kira skop pengauditan yang lebih luas di bawah Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024.
Turut bersama dalam sesi perbincangan ini adalah YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan) dan YBrs. Tuan Serjana bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Susulan Audit.