faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

 452955932 888243016681079 4041180466610779828 n  453073152 888242953347752 7894906049383029112 n  452925911 888242943347753 3754951652649004685 n  WhatsApp Image 2024 07 26 at 17.16.12

 

Pada pagi ini, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah membuat kunjungan hormat kepada YB Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Yaacob, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan pada 26 Julai 2024.

Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Yaacob, SUK Negeri Pahang; YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YB Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar, Pegawai Kewangan Negeri; YBrs. En. Azunan bin Daud, Pengarah Audit Kewangan II; dan Encik Anuwar bin Asmuni, Pengarah Audit Negeri Pahang.

Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YB Dato' Sri SUK Negeri Pahang.

  • Modified on: 29 Jul 2024
  • Print
  • 202