Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Jabatan Audit Negara, Negeri Pahang
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah hadir dan menyempurnakan Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-67 peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Pahang pada 26 Julai 2024 di Wisma Audit, Pahang.
Sambutan ini bertujuan menggelorakan lagi semangat patriotisme di kalangan warga kerja JAN khususnya di Negeri Pahang menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 .
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji; Pengarah Audit Kewangan II, YBrs. En. Azunan bin Daud; dan Pengarah JAN Negeri Pahang, En. Anuwar bin Asmuni.