Mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Marican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan secara bersama telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) pada hari ini 19 Julai 2024 bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat dihadiri oleh ketua atau wakil daripada agensi penguatkuasa dan agensi pusat iaitu Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Ekonomi. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) sebagai pemerhati.
Pelaksanaan mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu signifikan yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bersama ahli tetap mengikut bidang kuasa yang telah diperuntukkan dalam undang-undang. Ini bagi memastikan teguran Ketua Audit Negara dalam LKAN diberi perhatian sewajarnya serta disusuli dengan tindakan/siasatan lanjut mengikut bidang kuasa agensi penguatkuasa dan agensi pusat yang berkenaan.