Pembentangan Berkenaan D.R.16/2024 Rang Undang-undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah dijemput membuat pembentangan berkenaan D.R.16/2024 Rang Undang-undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang, Majlis Mesyuarat Dewan Negara Bilangan 7 Tahun 2024 yang diadakan di Parlimen pada 10 Julai 2024 (Rabu).
Pembentangan oleh Ketua Audit Negara ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada ahli Mesyuarat mengenai intipati dan prinsip RUU tersebut yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 3 Julai 2024. Ianya seterusnya akan dibentangkan di Dewan Negara pada penghujung bulan Julai 2024.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang, YB Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang, YB Senator Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof; serta ahli-ahli jawatankuasa iaitu YB Senator Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad; YB Senator Tuan Musoddak bin Ahmad; YB Senator Tuan Abun Sui Anyit; dan YB Senator Puan Noorita binti Sual. Turut hadir adalah ex officio dari Jabatan Peguam Negara, Puan Adlena Ab.Aziz.