Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 pada hari ini yang diadakan di ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi; Encik Haizar Razif Hisyam Ajaz Nabijan, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO dan Encik Baltasar bin Maskor, Rakan Kongsi Tetuan BAL & Partners.