faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Program Kemasyarakatan (CSR) Sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024

 448902874 867511538754227 8733775761627732891 n  448902924 867511508754230 1489890678169858517 n  448987715 867511582087556 2201476834990644224 n

 

Pada hari ini, Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Kerajaan Sarawak telah menganjurkan Program Kemasyarakatan (CSR) Sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di tiga buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan Mang, Sekolah Kebangsaan Kampung Empila, dan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu yang terletak di Kota Samarahan, Sarawak.

Program ini merupakan aktiviti “touch point” rakyat bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan pelajar sekolah dengan penambahbaikan fasiliti dan persekitaran sekolah yang terpilih, di samping memastikan impak daripada aktiviti tersebut dapat memenuhi keperluan dan memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat setempat.

Aktiviti penambahbaikan melibatkan kerja mengecat dinding luar dan dalam, lantai, dan siling bagi blok bilik darjah, blok pra sekolah, dan blok makmal komputer di tiga sekolah tersebut. Selain itu, tiga sekolah yang terlibat juga menerima sumbangan alat pemadam api, kipas dan kerusi untuk kegunaan sekolah berserta pokok bunga yang ditanam di sekitar kawasan sekolah.

Progam CSR ini adalah bersempena dengan Persidangan Juruaudit Kebangsaan (PJK) 2024 yang akan diadakan pada 25 Jun 2024 (Selasa) di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) dengan tema persidangan iaitu "Memperkasa Tatakelola: Mendepani Cabaran Masa Kini".

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan). Turut hadir di Program CSR ini adalah YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi); barisan pengurusan tertinggi Jabatan Audit Negara dan Jabatan Premier Sarawak.

 449035245 867511565420891 2789862609863670553 n  449077257 867511635420884 3405625670518230686 n  449079136 867511548754226 6382894671142051490 n
  • Modified on: 24 Jun 2024
  • Print
  • 400