faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Slot Temu Bual Radio di Sarawak Fm Sempena Dengan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024

 448367966 864751052363609 739008306963540833 n  448637325 864751072363607 6415255635926446485 n

 

Penolong Pengarah Audit, Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak, Puan Edawati binti Mohd Hipiny telah menghadiri slot temu bual radio di Sarawak fm pada 19 Jun 2024.

Temu bual ini adalah bersempena dengan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 (PJK 2024) yang akan dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara buat julung kalinya pada 25 Jun 2024 di Kuching, Sarawak dan bertemakan ‘Memperkasa Tatakelola Mendepani Cabaran Masa Kini’.

Persidangan yang menyasarkan penyertaan seramai 1,000 orang peserta daripada kalangan Juruaudit Sektor Awam dan Sektor Swasta ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan peranan dan fungsi juruaudit dalam memperkukuhkan akauntabiliti dan tadbir urus sama ada di Sektor Awam mahu pun swasta.

Persidangan ini melibatkan pengisian melalui forum dan ceramah oleh panel-panel jemputan daripada pelbagai agensi dan badan profesional yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan terutamanya dalam melaksanakan tugasan pengauditan seiring dengan perkembangan masa kini.

  • Modified on: 20 Jun 2024
  • Print
  • 259