Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Majlis ini merupakan program anjuran PUSPANITA dan Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP), Jabatan Audit Negara. Seramai 6 orang pelajar yang merupakan anak-anak kepada ahli PUSPANITA dan KAWIP di Ibu Pejabat telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang 9A dan ke atas.
Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya. Mulakan fasa kehidupan seterusnya dengan azam serta iltizam baharu dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.