Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2023 telah diadakan pada hari Ahad, 2 Jun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri (PKN) Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), YM Dato' Tuan Zainal Abidin bin Tuan Yusuf; Pengarah Audit Kewangan, YBrs. En. Azunan Daud; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan), YABrs. Hj. Ab Pattah bin Hasbullah; Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Encik Shahrin bin Abdullah dan Pengarah Audit Negeri Kelantan, Encik Hazman Mohamed.
Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2023 kepada YBM Tengku Kaya Perkasa PKN Kelantan.