Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Negeri Sarawak Tahun 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara menghadiri Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Negeri Sarawak Tahun 2023 yang diadakan pada hari ini di Kuching, Sarawak.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara dan YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi).
Hadir dalam mesyuarat adalah YBhg. Datu Hasmawati binti Sapawi, pemangku Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datu Hajah Elean binti Masa’at, Akauntan Negeri Sarawak dan YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, Unit Audit Dalam Jabatan Premier Sarawak dan wakil Kementerian/Jabatan yang terlibat.
Seusai mesyuarat tersebut, telah diadakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Negeri Sarawak Tahun 2023 oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara kepada YBhg. Datu Hasmawati dan disaksikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee.