Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd.(MRT Corp)
Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd.(MRT Corp) yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah diadakan pada 29 April 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato' Normah binti Osman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan (MOT), YBrs. Encik Mohd Fariszan bin Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Sektor Strategik dan Am, Kementerian Kewangan (MOF), YBhg. Datuk Mohd Zarif bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp dan YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta pegawai dari JAN, MOT, MOF, MRT Corp, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).