Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM)
Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM) yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah diadakan pada 26 April 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Dato' Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato' Dr. Amiruddin bin Muhammed, Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan (MOF), YBhg. Dato' Syed Kamarulzaman bin Dato' Syed Zainal Khodki Sahabudin, Ketua Pegawai Eksekutif RHSM dan YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta pegawai dari JAN, MOTAC, MOF dan RHSM.