A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Kursus Tatakelola Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Anjuran Akademi Audit Negara

 437530434 826559042849477 7192314231533530673 n  438079277 826558919516156 151598819107591409 n 438109725 826559116182803 9199720666250223504 n 438914276 826559076182807 3274136927562325149 n

 

Kursus Tatakelola Warga Jabatan Audit Negara (JAN) anjuran Akademi Audit Negara telah diadakan pada 23-24 April 2024 di Bandar Enstek, Nilai. Kursus ini telah dihadiri 44 orang peserta terdiri daripada Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat JAN, Pengarah Audit Negeri dan Ketua Unit Audit Dalam. Majlis Perasmian Kursus Tatakelola ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN).

Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg. Datuk KAN menekankan peri pentingnya agar warga JAN sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi dan membudayakan integriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Datuk KAN seterusnya meneruskan sesi dengan perkongsian amalan Penulisan Yang Baik kepada peserta kursus.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara dan Pengarah Akademi Audit Negara.

  • Modified on: 24 Apr 2024
  • Print
  • 47