Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA Inc.)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA Inc.) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada 22 April 2024.
Mesyuarat dihadiri oleh YBrs. Ts. Mohd Fadzil bin Mohd Idris (Ketua Pegawai Eksekutif MARA Inc), YBhg. Dato’ Amir Azhan bin Ibrahim (Pengarah Perancangan Korporat Kumpulan MARA Corporation Sdn. Bhd.), Encik Yahaya bin Sani (Pengarah Kanan Pelaburan Majlis Amanah Rakyat), dan YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abu Bakar (Timbalan Ketua Audit Negara Syarikat).
Turut hadir bersama adalah wakil daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.