Mesyuarat Preparatory Meeting of the ASOSAI Special Committee on Establishing WGSOE
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara Malaysia telah diberikan kepercayaan untuk menerajui Jawatankuasa Khas berkaitan pengauditan syarikat Kerajaan di peringkat Institusi Audit Tertinggi Asia (Asia Organization of Supreme Audit Institutions – ASOSAI) mulai tahun 2024. Malaysia juga merupakan ahli ASOSAI Governing Board. Pada 4 April 2024, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan mesyuarat Preparatory Meeting of the ASOSAI Special Committee on Establishing WGSOE secara hibrid.
Mesyuarat ini disertai oleh 70 orang pegawai kanan daripada 19 negara anggota ASOSAI bagi membincangkan rangka kerja penubuhan ASOSAI WGSOE yang akan dibentangkan oleh SAI Malaysia kelak dalam Mesyuarat ke-60 ASOSAI Governing Board pada bulan September 2024 di India kelak. Penubuhan WGSOE akan dapat membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan ahli ASOSAI bertujuan memperkukuhkan impak pengauditan syarikat Kerajaan di rantau Asia.