faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Perjumpaan Berkenaan Program Komuniti MADANI

419742559 812674574237924 8599287823380111470 n 420176834 812674397571275 3503291428889969494 n 420252678 812674634237918 3256027205086410212 n 420367828 812674450904603 8899896348920603918 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mengadakan perjumpaan berkenaan Program Komuniti MADANI pada 1 April 2024 di Ipoh, Perak. Perbincangan menjurus kepada pengenal pastian kawasan dan program-program yang bersesuaian untuk dilaksanakan di kawasan Larut, Matang dan Selama, Perak.

Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Nasrul bin Menhat, Pegawai Daerah Larut Matang & Selama, Encik Mohd Kamarul Idzham bin Kamal, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) LMS dan Encik Mohammad Asyraf bin Zulkifli, Penghulu Mukim Hulu Ijok. Hadir sama ialah Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) JAN, YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar serta Pegawai-pegawai Kanan dari JAN.

Program Komuniti MADANI bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti, membabitkan lima sektor tumpuan, iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.

  • Modified on: 05 Apr 2024
  • Print
  • 609