Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah diadakan pada 27 Mac 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBrs. Tuan Mohd Farid bin Dato’ Hj. Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA dan YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan). Turut hadir bersama wakil daripada Kementerian Kewangan (MoF), YBhg. Datin Rosni binti Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), YBrs. Dr. Syed Zahiruddin bin Syed Zainulabidin, Timbalan Pengarah Bahagian Gaji Dan Elaun serta pegawai-pegawai kanan JAN dan LPPSA.
Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.