Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Peringkat Jabatan Audit Negara Bagi Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg.Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara merangkap Penasihat PUSPANITA JAN telah berkesempatan untuk bersama-sama di dalam Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran peringkat Jabatan Audit Negara bagi tahun 2024 anjuran bersama PUSPANITA JAN & Surau Al-Ibtisam JAN.
Seramai 190 peserta dikalangan pegawai dan kakitangan wanita JAN telah berkumpul bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan alunan ayat suci Al-Quran. Turut memeriahkan majlis YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Puan Siti Roslina Muhammad, Pengerusi PUSPANITA JAN serta Ustazah Nazirah Abu Bakar Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM sebagai pembimbing majlis tersebut.