faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM)

WhatsApp Image 2024 03 14 at 2.20.28 PM 419044646 801099738728741 3756839835042547066 n WhatsApp Image 2024 03 14 at 2.20.30 PM 417579274 801099872062061 4304862717435062839 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia (Dana Perubatan) dan Tabung Pencen Lembaga Pesuruhjaya Matawang Malaya Dan British Borneo (TPLM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 yang diadakan di BNM pada 14 Mac 2024. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Gabenor Bank Negara; YBrs. Pn. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Pn. Norliza Md Nuruddin@Nordin; Pengarah Audit Kewangan, En. Abd. Rahman Abu Bakar, Penolong Gabenor serta pegawai-pegawai daripada JAN dan BNM.

Selepas mesyuarat berkenaan, sesi menandatangani Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia, Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia (Dana Perubatan) dan Tabung Pencen Lembaga Pesuruhjaya Matawang Malaya Dan British Borneo (TPLM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 telah diadakan dan diikuti penyerahan sijil oleh Ketua Audit Negara kepada Gabenor Bank Negara.

  • Modified on: 04 Apr 2024
  • Print
  • 462