Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 telah diadakan hari ini di ibu pejabat PIDM, Kuala Lumpur.
Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara; YBhg. Dato Sri (Dr) Zukri Samat, Pengerusi Lembaga Pengarah PIDM; YBrs. Pn. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan YBrs. En. Rafiz Azuan Abdullah, CEO PIDM; serta pegawai daripada JAN dan PIDM.
Seusai mesyuarat, YBhg. Datuk Ketua Negara telah menandatangani Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan PIDM Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 dan diikuti oleh sesi penyerahan sijil oleh Ketua Audit Negara kepada Pengerusi Lembaga Pengarah PIDM.