faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

417524576 800530885452293 639028336439887843 n 417539017 800377818800933 3644364667929082968 n 417545120 800377712134277 5213566988448102496 n

 

Mesyuarat Penutup Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 telah diadakan pada 12 Mac 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya dan dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp dan YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) serta pegawai-pegawai kanan JAN, SWCorp dan Firma Audit Swasta. Turut hadir bersama adalah wakil daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan SWCorp bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

  • Modified on: 04 Apr 2024
  • Print
  • 391