faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH)

417512409 799485765556805 1961817938761090890 n 417538595 799485678890147 7084969836835472215 n 417539803 799486048890110 6575173860650821970 n 417694210 799486078890107 2505365354872760288 n

 

Mesyuarat Penutup Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah diadakan pada 11 Mac 2024 di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur. Mesyuarat Penutup tersebut merupakan mesyuarat pertama pengauditan Penyata Kewangan Agensi Persekutuan bagi tahun 2023.

Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBrs. Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBrs. Encik Mustakim Mohamad, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan, YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), dan YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan. Turut hadir bersama wakil daripada Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Tuan Mohd Khairul Annuar Osman, Setiausaha Sulit Kanan, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta pegawai-pegawai kanan JAN, LTH dan Firma Audit Swasta.

Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 kepada YBrs. Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

  • Modified on: 04 Apr 2024
  • Print
  • 303