Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 Mac 2024.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri serta timbalannya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Dalam ucapan perasmiannya, YAB PM telah mengusulkan agar Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dirangka akan turut mengambil kira kelonggaran kepada penjawat awam wanita untuk bekerja dalam tempoh lebih pendek supaya dapat memberi perhatian lebih kepada keluarga. Beliau turut memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada penjawat awam yang diketuai oleh pegawai kanan wanita termasuk Ketua Audit Negara. "Wanita Dijulang, Negara Gemilang"