Program Ziarah Kasih Pegawai Sektor Audit Kewangan Ibu Pejabat
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah meluangkan masa menziarahi Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat , Ketua Penolong Pengarah Audit, Sektor Audit Kewangan di kediamannya di Presint 11, Putrajaya pada petang 6 Mac 2024.
En Khairul kini dalam proses pemulihan selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada awal bulan Januari yang lalu. Turut sama dalam sesi ziarah tersebut ialah Pengarah Sektor Audit Kewangan 4, Puan Norliza Nor Din. Seluruh warga JAN terus mendoakan agar En Khairul Azrin dikurniakan aafiyah dengan segera dan kembali sihat seperti sediakala.