Sesi Taklimat Bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Sesi Taklimat Bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang diadakan di Parlimen sempena pembentangan LKAN Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 di Dewan Rakyat pada hari ini.
Pengerusi PAC, YB Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin; Naib Pengerusi PAC, YB Puan Wong Shu Qi dan ahli-ahli PAC yang lain telah diberikan taklimat mengenai pengauditan dan isu utama LKAN yang dibentangkan tersebut.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji; Pengarah Audit Kewangan, YBrs. Pn. Norliza Md Nuruddin @ Nordin, YBrs. En. Azunan Daud, YBrs. Dr. Nor Haiza Binti Abd Aziz@Juned dan pegawai-pegawai kanan JAN serta wakil daripada Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.