Majlis Amanat Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Pegawai Lantikan Baharu
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Amanat Ketua Audit Negara (KAN) bersama pegawai lantikan baharu telah diadakan pada 5 Mac 2024 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya. Seramai 31 orang pegawai lantikan baharu telah melapor diri di JAN pada hari tersebut. Daripada jumlah tersebut, 6 orang dilantik sebagai Juruaudit gred W41, manakala 25 orang sebagai Penolong Juruaudit gred W29.
Dalam amanat beliau, YBhg. Datuk KAN telah menekankan supaya semua pegawai-pegawai baharu perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja di organisasi masing-masing dengan cepat. Di samping itu, semua pegawai-pegawai baharu perlu sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab serta bersedia menerima penempatan di mana-mana jua bagi mempelbagaikan kemahiran pengauditan.