Majlis Perhimpunan Bulanan JAN Pulau Pinang
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara berkesempatan bersama-sama warga JAN Pulau Pinang semasa Majlis Perhimpunan Bulanan JAN Pulau Pinang sempena lawatan kerja KAN.
Perhimpunan itu turut disertai oleh para peserta Bengkel Pemantapan Sektor Audit Kewangan Tahun 2024 Zon Utara yang sedang dijalankan di Pulau Pinang.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menekankan bahawa warga JAN hendaklah melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga menyeru semua pihak untuk berpegang teguh kepada prinsip dan etika juruaudit yang menjadi pegangan warga JAN.