Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 pada 6 Februari 2024 di Kuala Terengganu, Terengganu.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan, JAN Ibu Pejabat; YBrs. Encik Zulkifli Tungal, Pengarah Audit Negeri Terengganu; Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) MAIDAM serta pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara dan MAIDAM.