Mesyuarat Kick-Off Meeting Of The Special Committee On Establishing A New Working Group On Follow-Up Audit
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan mesyuarat ๐๐ช๐ค๐ฌ-๐ฐ๐ง๐ง ๐๐ฆ๐ฆ๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ง ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐๐ฑ๐ฆ๐ค๐ช๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ช๐ต๐ต๐ฆ๐ฆ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ด๐ต๐ข๐ฃ๐ญ๐ช๐ด๐ฉ๐ช๐ฏ๐จ ๐ข ๐๐ฆ๐ธ ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฑ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ฐ๐ญ๐ญ๐ฐ๐ธ-๐ถ๐ฑ ๐๐ถ๐ฅ๐ช๐ต (WGFA) di peringkat Institusi Audit Tertinggi Antarabangsa (๐๐ฉ๐ฆ ๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ณ๐จ๐ข๐ฏ๐ช๐ด๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ฐ๐ง ๐๐ถ๐ฑ๐ณ๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐๐ถ๐ฅ๐ช๐ต ๐๐ฏ๐ด๐ต๐ช๐ต๐ถ๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ด โ INTOSAI) secara hibrid pada jam 8.00 malam, hari Jumaat, 2 Februari 2024.
Jabatan Audit Negara selaku ๐๐ถ๐ฑ๐ณ๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐๐ถ๐ฅ๐ช๐ต ๐๐ฏ๐ด๐ต๐ช๐ต๐ถ๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (SAI) Malaysia telah diberikan kepercayaan buat julung kalinya untuk menerajui Jawatankuasa Khas ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan Kumpulan Kerja (๐๐ฐ๐ณ๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฑ) berkaitan susulan audit di peringkat INTOSAI.
Mesyuarat ini telah disertai oleh 80 orang pegawai kanan daripada 19 SAI negara pelbagai benua secara dalam talian seperti SAI Rusia, China, India, Australia, Brazil, Turkiye, Mesir, Indonesia, Pakistan, Bahrain, Uganda, Kemboja dan Georgia.
Penubuhan WGFA akan dapat membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam memperkukuhkan impak pengauditan melalui mekanisme susulan audit yang sistematik, efektif dan efisyen.