Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada 30 Januari 2024.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim, Ketua Eksekutif IRDA, YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) serta pegawai-pegawai kanan IRDA dan wakil Firma Audit Swasta.
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara juga telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada Ketua Eksekutif IRDA selepas mesyuarat berkenaan.