faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Persediaan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024

419185916 768844741954241 6433737984987626968 n 417367646 768844671954248 7919135034207196532 n 417450592 768844688620913 4984121134244566494 n 417460078 768844581954257 4131107051343555171 n

 

Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 pada 19 Januari 2024 bertempat di Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) YBhg. Datu Hii Chang Kee, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak YBrs. Tuan Haji Semawi bin Haji Mohamad, YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) serta Pegawai-pegawai Kanan dari Jabatan Audit Negara (JAN) Ibu Pejabat dan JAN Negeri Sarawak.

Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 akan dianjurkan oleh JAN buat julung kalinya dengan kerjasama dan sokongan daripada Kerajaan Negeri Sarawak pada 24 - 26 Jun 2024. Objektif persidangan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung kepentingan peranan dan fungsi Juruaudit dalam memperkukuhkan akauntabiliti dan tadbir urus sama ada di Sektor Awam mahu pun Sektor Swasta. Selaras dengan itu, Persidangan ini tidak hanya terbuka kepada Juruaudit Sektor Awam, tetapi juga kepada Juruaudit Sektor Swasta dan pegawai Audit Dalam.

  • Modified on: 22 Jan 2024
  • Print
  • 273