Kunjungan Hormat Daripada Firma Audit Swasta, PricewaterhouseCoopers Ltd. (PwC)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Firma Audit Swasta, PricewaterhouseCoopers Ltd. (PwC) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara pada 8 Januari 2024.
Kunjungan hormat PwC ini diketuai oleh Puan Nurul A’in binti Abdul Latif selaku Pengerusi Eksekutif PwC. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Hajah Patimah binti Ramuji dan Pengarah-Pengarah Sektor Audit Kewangan.