Sesi Jom Fit Bersama Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah meluangkan masa untuk sesi 'Jom Fit bersama Ketua Audit Negara (KAN)' anjuran Sektor Pengurusan dengan kerjasama Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) bertempat di Lobi Blok F2, Kompleks F pada petang 5 Januari 2024.
Program ini telah dihadiri seramai 150 orang pegawai JAN termasuk ahli keluarga mereka dengan berjalan kaki mengelilingi Kompleks F. Pada sesi akhir program ini turut diselitkan acara Cabutan Bertuah yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk KAN sendiri.
Semoga aktiviti sihat sebegini ini dapat diteruskan dalam menggalakkan warga JAN terus mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan Teras 1 Kempen Agenda Nasional Malaysia Sihat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |