Sesi Perjumpaan YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) bersama Pegawai-Pegawai Juruaudit Gred W54 dan W52
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Perjumpaan YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) bersama pegawai-pegawai Juruaudit Gred W54 dan W52 yang menerima penempatan pertukaran telah diadakan pada 20 Disember 2023. Dalam amanat yang disampaikan, beliau menekankan mengenai kepentingan untuk setiap pegawai mempelbagaikan pengalaman bagi meningkatkan kemahiran dan kompetensi masing-masing. Di samping itu, beliau turut berkongsi mengenai hala tuju Jabatan Audit Negara pada tahun 2024 bagi memperkasa pengauditan awam.
Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut ialah Timbalan Ketua Audit (Syarikat), YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar dan Pengarah Sektor Pengurusan, YBrs. Puan Hasmawati Mohd Yusoff.