Mesyuarat Penutup Pengauditan Melibatkan Program Di Bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan melibatkan Program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 19 Disember 2023 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Turut hadir ke mesyuarat ini ialah YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi; YBhg. Dato' Baidzawi bin Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC): YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pelaburan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri dan YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).