faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Kunjungan Hormat Dan Perbincangan Dengan YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

408179594 745404977631551 2096533510901488238 n

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan dengan YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan di Putrajaya pada petang Isnin, 11 Disember 2023.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YBhg. Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad serta pegawai daripada Jabatan Audit Negara (JAN) dan KPKT.

Dalam pertemuan berkenaan, YB Menteri dan KAN telah membincangkan peluang kerjasama strategik yang boleh dijalinkan di antara KPKT dengan JAN serta ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan di peringkat Kerajaan Tempatan. 408168840 745405030964879 5308704853951450559 n

 

  • Modified on: 22 Jan 2024
  • Print
  • 380