faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Majlis Islam Sarawak (MIS) tahun berakhir 31 Disember 2022

 

406043245 737697465068969 194629555821830370 n 406062958 737697601735622 5408046823068685574 n 406039523 737697675068948 5621456840787254099 n 406048465 737697755068940 3140408955612570081 n

 

Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Majlis Islam Sarawak (MIS) tahun berakhir 31 Disember 2022 pada 28 November 2023 di Pejabat MIS, Kuching, Sarawak.

Majlis tersebut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua MIS, YBhg. Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Setiausaha MIS, dan YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).

Secara umumnya, MIS telah menunjukkan trend peningkatan dalam kutipan zakat pada tahun 2022. Ketua Audit Negara telah menyarankan MIS untuk meneruskan tata kelola yang terbaik dalam pengurusan kewangannya selaras dengan peraturan kewangan serta hukum syarak untuk terus meningkatkan keyakinan kepada pembayar zakat.

  • Modified on: 22 Jan 2024
  • Print
  • 265