Mesyuarat Ketua Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam Bilangan 2 Tahun 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam Bilangan 2 Tahun 2023 di Putrajaya pada hari ini, 24 November 2023.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Ketua Audit Dalam kementerian dan jabatan seluruh negara. Turut hadir adalah Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara serta pegawai-pegawai kanan daripada Ibu Pejabat JAN.
Dalam perutusan beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara memaklumkan bahawa Jabatan Audit Negara (JAN) akan mengukuhkan lagi kerjasama dengan pihak Perbendaharaan bagi memastikan peranan UAD untuk membantu kementerian dan jabatan menambahbaik tata kelola terutamanya melibatkan pengurusan kewangan dapat dicapai. UAD harus memainkan peranan yang lebih proaktif selaku wakil JAN di Kementerian/Jabatan.
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara turut berkongsi prestasi kementerian dan jabatan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 22 November lepas. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan oleh Ketua Unit Audit Dalam bagi pelaporan prestasi dan pengauditan yang telah dijalankan di Kementerian/Jabatan masing-masing.