faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bulan November 2023 Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Tahun 2023

 

403738413 735516898620359 2068836844523977913 n 403735306 735516945287021 3491058729520542187 n 403738174 735517508620298 7631972695630826080 n 403887350 735517471953635 3857795640323216135 n

 

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bulan November 2023 Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Tahun 2023 telah diadakan pada hari Jumaat, 24 November 2023 di Blok F8, Kompleks F, Putrajaya.

Seramai 350 orang warga JAN telah menghadiri majlis perjumpaan tersebut serta lebih 500 orang warga JAN dari Pejabat JAN Negeri turut mengikuti majlis secara dalam talian. Majlis tersebut telah dimulakan dengan lafaz Ikrar Integriti yang diketuai oleh En. Raynaur Abdul Samad, Ketua Unit Integriti JAN.

Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara mengingatkan warga JAN untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan amanah. YBhg. Datuk Ketua Audit Negara juga menekankan integriti dan keperibadian juruaudit adalah amat berkait rapat dan kepentingan untuk menghayati dan membudayakan sifat integriti dalam mencapai objektif JAN.

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Integriti JAN sempena sambutan Hari Integriti Peringkat JAN Tahun 2023.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Integriti “Pinjam Jangan Sampai Pitam” oleh Encik Mohd Nordin Abd Rahman daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Selain itu, AKPK turut menyediakan kaunter khidmat nasihat pengurusan kewangan dan peserta berpeluang membuat semakan rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS) secara percuma.

403751443 735517391953643 8587607900081365202 n 403739180 735517985286917 2717601657346841488 n 403762613 735517565286959 7948570860742416683 n
  • Modified on: 22 Jan 2024
  • Print
  • 281