faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat

403731902 734531862052196 1018538095818623630 n 403732739 734531748718874 7745240803425642000 n 403723523 734531772052205 4585247645766751335 n 403738153 734531818718867 854040332502755827 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di pejabat beliau di Bangunan Parlimen pada tengah hari ini, 22 November 2023.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji dan Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tn. Hj. Roslan Abu Bakar.

Dalam pertemuan berkenaan, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah membincangkan beberapa isu penting berkaitan pengurusan dana awam terutamanya isu-isu Audit yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini.

Semoga pertemuan ini mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang telah sedia terjalin antara Jabatan Audit Negara (JAN) dan Parlimen Malaysia.

  • Modified on: 22 Jan 2024
  • Print
  • 251