Majlis Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Perbadanan Putrajaya (Ppj) Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada Presiden PPj, YBhg. Dato' Fadlun Mak Ujud, di pejabat Ketua Audit Negara, Putrajaya pada pagi ini 10 November 2023.
Sesi tersebut juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani Binti Muhammad; Naib Presiden Jabatan Kewangan PPj, Puan Suhaila Binti Eleas; Naib Presiden Jabatan Korporat PPj, Encik Shamsul Joehari Binti Zainal Mokhtar dan Pengarah Audit Kewangan III JAN, YBrs. Dr. Nor Haiza binti Abd Aziz@Juned.
Secara umumnya, JAN menyarankan status hartanah pelaburan serta aset infrastruktur PPj dipermantapkan.