Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan November 2023
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan November 2023 pada pagi ini, 6 November 2023 bertempat di PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Turut hadir mewakili Jabatan Audit Negara (JAN), YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Tuan Hj. Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan warga JAN yang lain.
Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri telah menyarankan agar semua Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah dan Ketua Jabatan mengambil serius tentang isu dan penemuan yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). Bagi tujuan tersebut, mereka perlu meminitkan perbincangan mengenai LKAN untuk diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran serta dapat mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara.
LKAN Siri 2 akan dibentangkan pada 22 November 2023 di Dewan Rakyat.