faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Bagi Bulan Oktober

 395434360 718884830283566 8044951626906930620 n  395409835 718884923616890 8623314540059926546 n  395409714 718884986950217 5595664292028729917 n 395422317 718885030283546 2446837970664779446 n 

 

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan Oktober telah diadakan pada hari Rabu, 25 Oktober 2023 bertempat di ibu pejabat JAN, Putrajaya.

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan amanat kepada seramai 300 orang warga JAN yang telah hadir secara fizikal dan lebih 500 orang warga JAN yang turut menyertai majlis secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.

Dalam ucapan beliau, Datuk KAN telah mengingatkan warga JAN untuk terus mengamalkan sikap tolong-menolong dan kebersamaan bagi setiap tugasan yang diberi tanpa mengira sektor atau bahagian.

Dalam majlis berkenaan juga, YBhg. Datuk KAN telah melancarkan e-Buletin Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) bagi bulan Oktober 2023 dan menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai yang mewakili Kontinjen JAN bagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M yang lalu.

JAN juga turut melancarkan Tabung Kemanusian Palestin peringkat JAN selaras dengan penubuhan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin oleh Kerajaan bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat konflik peperangan yang sedang berlaku di negara berkenaan.

  • Modified on: 25 Oct 2023
  • Print
  • 287