faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2022

 395402776 717753007063415 946635584512565377 n 395405176 717753080396741 3557521908417288597 n  395412163 717753230396726 7318229627425893238 n  392930544 717753263730056 7867358163064215792 n 

 

Ketua Audit Negara (KAN), YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2022 di Kota Kinabalu, Sabah pada 23 Oktober 2023.

YBhg. Datuk KAN merakamkan penghargaan atas kehadiran Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif dalam mesyuarat tersebut sebagai Pengerusi Bersama. Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas), YBhg. Datuk Sapdin bin Ibrahim; Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, YBhg. Datuk Malai Ali bin Malai Ahmad dan Setiausaha MUIS, YBrs. Encik Ramlan bin Awang Ali serta Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji.

Mesyuarat Penutup tersebut diakhiri dengan penyampaian Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Secara umumnya, YBhg. Datuk KAN telah menyarankan MUIS meningkatkan tata kelola pengurusan kewangannya selaras dengan peraturan kewangan mengikut hukum syarak bagi meningkatkan keyakinan pembayar zakat Negeri.

  • Modified on: 23 Oct 2023
  • Print
  • 483