Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Jabatan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Sabah
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara (KAN), YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah merasmikan Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Jabatan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Sabah pada 23 Oktober 2023 dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya.
Kursus yang berlangsung dari 23 hingga 24 Oktober 2023 ini julung kali diadakan oleh Jabatan Audit Negara melalui Akademi Audit Negara (AAN) dan telah dihadiri lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada kalangan Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan di Negeri Sabah.
Kursus ini juga merupakan perintis kepada sesi kursus dan latihan yang akan dilaksanakan di seluruh negara oleh AAN pada masa akan datang.
Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg. Datuk KAN menyatakan hasrat untuk menggerakkan inisiatif berteraskan Learning & Development tercetus sejak lawatan pertama beliau ke Negeri Sabah pada 23 Jun lalu. Semoga kursus ini dapat memantapkan lagi tata kelola pengurusan kewangan pegawai Kerajaan Negeri dengan latihan yang diberikan sepanjang kursus ini.