faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Lawatan Kerja ke Kota Kinabalu, Sabah Dari 22 hingga 23 Oktober 2023

 

 392925529 717331803772202 762493635666279328 n  392928626 717473227091393 4147187387871386895 n  395412834 717332200438829 1288285814615491566 n  392928902 717473237091392 2151517765866466755 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) mengadakan siri lawatan kerja ke Kota Kinabalu, Sabah yang berlangsung dari 22 hingga 23 Oktober 2023. Siri lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi Taklimat Gerak Kerja oleh Encik Halimuddin bin Chongge, Timbalan Pengarah Audit Negeri Sabah (JAN Sabah).

Lawatan kerja ini turut disertai oleh YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Encik Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan Bahagian II JAN.

Dalam rangka lawatan ini, Datuk KAN turut berkesempatan berjumpa dengan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Sabah dalam satu sesi perjumpaan khas.

Hadir dari Kerajaan Negeri Sabah adalah YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pegawai Penyelaras, Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), YBhg. Datuk Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri Sabah dan YBrs. Encik Ramlee bin Kariah, Ketua Pegawai Operasi, Sekretariat SMJ.

Semoga kerjasama erat yang sedia terjalin antara JAN dan Kerajaan Negeri Sabah akan terus kekal dalam usaha memacu kemajuan negara ke arah yang lebih mampan.

  • Modified on: 23 Oct 2023
  • Print
  • 417