Sesi Taklimat Cadangan Pindaan Akta Audit 1957
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Gerak kerja berkaitan Cadangan Pindaan Akta Audit 1957 telah bermula pada 19 Oktober 2023 di Ibu Pejabat JAN. Gerak kerja ini dimulakan dengan sesi taklimat bertujuan mendapatkan maklum balas awal sebelum sesi libat urus dengan pihak yang berkaitan dijalankan pada bulan November 2023. Gerak Kerja Akta Audit 1957 ini juga merupakan hala tuju kepada JAN untuk memantapkan dan meningkatkan kecekapan dan kompetensi pengauditan dalam mendepani gagasan Malaysia Madani.
YBhg. Datuk KAN telah mempengerusikan sesi taklimat yang turut dihadiri YBhg. Dato' Normazli Abdul Rahim, Jabatan Peguam Negara, Tuan Azroul Hisham Azulan, Jabatan Peguam Negara, YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Kementerian Kewangan, En. Abu Zeid Bin Mohd Arif, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan YBrs. Puan Nadhirah Abdul Wahab dari Jabatan Audit Negara.