Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 di pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada petang ini 17 Oktober 2023.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) menjalankan fungsi Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datin Dr. Suzana Sulaiman; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, YBrs. Profesor Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM, YBrs. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman; Bendahari UiTM, Encik Wan Hasmadi Wan Mohamed; Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji; dan Pengarah Audit Kewangan III, YBrs. Dr. Nor Haiza binti Abd Aziz@Juned.
Secara umumnya Ketua Audit Negara telah menegaskan keperluan pelaporan penyelenggaraan Aset yang lebih teratur dan pemakaian prinsip perakaunan yang lebih konsisten.